Selasa, 16 Jun 2009

Perginya Tokoh Gerakan Islam Ulung

Dipanjangkan berita ini untuk tatapan kawan2..
Disaat umat Islam seluruh dunia hari ini sibuk dengan urusan masing-masing, kita dikejutkan dengan hilangnya sebutir lagi mutiara berharga bagi gerakan Islam dunia.


Website http://www.ikhwan-jor.com/ melaporkan kematian Al-Fadhil Ust Fathi Yakan , tokoh Ikhwan yang menggerakkan dakwah di beberapa buah Negara Arab seperti Lubnan dan lain-lain pada hari sabtu baru2 ni...

Ust Fathi Yakan meninggal dunia ketika umurnya mencapai 76 tahun dan separuh dari umurnya dihabiskan dijalan dakwah bersama gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Beliau lahir pada tahun 1933. Beliau yang sinonim dengan karya ‘Maza Ya’ni Intima’ lil Islami ?” – Apa Ertinya Saya Menganut Islam ‘ dan Abjadiyah Dalam Gerakan Islam sering dijemput ke pelbagai buah Negara termasuk di Malaysia satu waktu lalu dalam rangka membincangkan perkara-perkara berkait masalah ummah dan perkembangan gerakan Islam.

Mybe kwn2 heran apsal aku create crita ni..apsal ek????
Perlu diingat dlm kita bergembira,
Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman.

Hasan Basri berkata:


مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ"

Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)


Alfaatihah !!!!!!

Khamis, 4 Jun 2009

Aku Dan Jam Loceng...

Salam semua..
rasa2 da lama aku xupdate blog ni..
xdan rasanya..
ingat time budak2 cuti aku leh ngular kt opis ,
tp emmmmmmmmm...hampeh!!!
mcm2 program yg ada..penat gak la sbb xda can nk ngular.

















hari ini aku nk cakp tentang teman yg baik..
xkira la org cakp sahabat ke ape ke..
bg aku sama ja..
tp bg aku aku da ada jam loceng yg baru..
heheheh.. tu la teman rapat aku skrg..
aku suka sbb pgi2 dah kejut aku bgun subuh..
skurang2 dpt gak aku berinagt nk solat awal..
terima kasih yer jam Loceng yg aku sayang!!!
heheheh..

ok gua cau dulu...

Isnin, 18 Mei 2009

sori kwn2...xda crita yg menarik!!

salam semua..
minggu ni aku mmg bz..
bukan buat2 bz...
asyik kursus ja...boring gak..
tp yg best makin free!!!!!!
tu ja yg best..lepas ni 5 hari lak aku kt kulim..
kursus lg...mkn free lg...aduiiiiii
boroi la perut gua!!!!
ok la gua cau dulu

wassalam..

Khamis, 7 Mei 2009

Stop planning my life..plss!!!!

minggu ni xda apa2 sangat crita yg menarik..
xsempat nk buka blog pun ..hari ni baru hbis trainning website..
tension beb banyak keja kena upgrade website yg lama..
tu kecik masalah aku..aku blh solve !!!!



ni masalah yg "satu" ni..
buat aku xleh tido lena!!!
aku balik kg baru2 ni..
ingat blh relekkan minda..tp hampeh!!~!
serabut!! bengang!!! tension!!! semua ada..
mudah cakp la hati aku mmg xtemteram..

last sekali hr selasa baru pkul 2 ptg ..
aku dah start keta ..malas aku nk dok umah lama2..
lg lama aku dok ..lg serabut otak aku...
kepada pihak2 berkenaan yg pandang serong kat aku..
tlg la ..xpayah la nk paksa2 tentukan idup aku..
hati aku xterbuka lansung nk terima...

aku blh survive idup aku sendiri..
boleh pikir mana yg terbaik untuk aku..
boleh pikir mana yg buruk ,,mana yg baik!!!
untuk aku..

Stop planning my life..plss!!!!

Jumaat, 24 April 2009

Aku Dan 'eRRor'....

kita juga diatur..
pengaturan manusia itu tidak terlepas dr error propagation!!!
systematic error dan random error,
biarpon secara teorinya..
error2 tersebut bisa diminimumkn dgn menambah kejituan aparatus
dan kepersisan measurement..
namun ia seratus satu persen berbeza dr segi kehidupan yg praktikal..

Jika "error" ini sudah menjadi suratan..
biarlah kita berjalan dihaluan masing2..

xperlu dirisaukan kemana hala tuju kita sebenarnya..
kerna destinasi kita yg dikejar itu,
mungkin xseiring ketika melayari bahtera kehidupan.
dlm mencari identiti masing2..

Akan tetapi siapa tahu..
suatu hari kita mungkin ketemu dimana2 persimpangan kehidupan..
Biarlah sang Pencipta kehidupan itu yg menentukan kisah
dan diari kehidupan ini.

Selasa, 21 April 2009

TaNDa-TaNDa SaaT KeMaTian..

Salam semua..
rasa2 dah dua kali aku masukkan artikel tentang kematian..
bukannya apa, sekurang2nya dapat jgk memberi memberi pedoman kpd kawan2 yg membaca dan juga pada aku yg jahil ni..

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

P/S: beringat-igatlah sebelum sampai masanya!!!!!!

Isnin, 20 April 2009

Kampung Aku...GuAr KePaYaNg.

Salam semua..
kali ini aku tunjuk kt hampa semua..
ni la keindahan kg aku!!!








ni la jejaka2 kg aku...
yg baju hitam tu bujang lg tu!!!! gua mau bikin soalan bg lu panas....bila mau kawin????

hhuhuhuhuhuhuhuh.......