Ahad, 19 April 2009

Hutang Oh Hutang...............

Hari ini aku nk cakap tentang amalan berhutang..
sbb aku rasa penting untuk aku dan kwn2...
dh ramai sangat asyik nk buat loan ja, kalau mudah byar balik ok la..
ni hampehhhhh!!!! tension beb...
so, hampa baca la artikel ni..

Niat ingin menjelaskan hutang.
Perkara utama mesti ada dalam minda penghutang ialah niat hendak menjelaskan hutang itu. Niat itu akan membantu memudahkan urusan pembayaran hutang itu. Jangan janji hya tinggal janji!!!!

Tunaikan janji.
Penghutang mesti berusaha melangsaikan pembayaran hutang mengikut perjanjian, dari segi jumlah dan tempoh. Perjanjian itu sebaik-baiknya dibuat secara bertulis dan ada saksi bagi mengelak pertikaian berkaitannya kemudian. (ni dah masuk gaji buat bodo ja!!!) hahahahah..

Wajib membayar hutang.
Setiap hutang wajib dibayar biarpun tidak dituntut. Sesiapa yang sengaja tidak membayar hutang, termasuk kepada institusi kewangan dan badan kerajaan atau member2....(aku bold skit).antara dosa besar yang tidak tertebus biarpun dengan pahala mati syahid.

Boleh membayar lebih.
Penghutang dibolehkan menyerahkan kembali hutang melebihi apa diperoleh dulu, asalkan ia bukan disebabkan diminta pemiutang. Pembayaran yang lebih itu sebagai tanda bersyukur di atas bantuan dihulurkan pemiutang. hehehhe...betul tu

Harta pusaka penghutang.
Harta pusaka penghutang yang meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan hutangnya mesti digunakan untuk menjelaskan hutang-hutang itu. Waris tidak berhak ke atas harta pusaka itu melainkan baki selepas ditolak membayar hutang simati.

Memberi hutang sebagai membantu.
Individu yang berkemampuan memberi hutang harus melakukan jika ada individu lain yang memerlukan hutang itu untuk tujuan kebaikan. Tolong la kawan2...

Wajib memberi hutang.
Dalam keadaan membabitkan perkara darurat yang mana dengan cara itu saja dapat mengelak berlaku perkara buruk terhadap penghutang atau perkara yang berkaitan dengan tujuan berhutang itu, orang yang mampu wajib memberi hutang diperlukan itu.

Haram memberi hutang.
Jika diketahui penghutang ingin menggunakan apa dihutang itu untuk tujuan diharamkan seperti berjudi, membeli arak dan melakukan maksiat, maka haram diberikan sebagai hutang. Pemiutang akan bersubahat terhadap dosa-dosa dilakukan penghutang yang dilakukan hasil hutang itu.

Minta hutang dijelaskan.
Pemiutang boleh meminta kembali hutang diberikan apabila cukup tempoh dijanjikan. Huhuhu..segan aku nk minta balik!! tp kwn2 kena la berigat, xkan kita nk minta kot..

Memberi tangguh atau menghalalkan.
Dalam kes di mana penghutang tidak mampu menjelaskan hutang itu, pemiutang wajar memberi tangguh atau menjadikan hutang itu sebagai sedekah yang mendatangkan kebaikan kepada pemiutang dan penghutang.

P/s : kita mesti pandai organise kita punya bajet bulanan..
xkisah la skit ke byk..asalkan jgn lebih dari sudu dgn kuah dah la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan