Jumaat, 24 April 2009

Aku Dan 'eRRor'....

kita juga diatur..
pengaturan manusia itu tidak terlepas dr error propagation!!!
systematic error dan random error,
biarpon secara teorinya..
error2 tersebut bisa diminimumkn dgn menambah kejituan aparatus
dan kepersisan measurement..
namun ia seratus satu persen berbeza dr segi kehidupan yg praktikal..

Jika "error" ini sudah menjadi suratan..
biarlah kita berjalan dihaluan masing2..

xperlu dirisaukan kemana hala tuju kita sebenarnya..
kerna destinasi kita yg dikejar itu,
mungkin xseiring ketika melayari bahtera kehidupan.
dlm mencari identiti masing2..

Akan tetapi siapa tahu..
suatu hari kita mungkin ketemu dimana2 persimpangan kehidupan..
Biarlah sang Pencipta kehidupan itu yg menentukan kisah
dan diari kehidupan ini.

Selasa, 21 April 2009

TaNDa-TaNDa SaaT KeMaTian..

Salam semua..
rasa2 dah dua kali aku masukkan artikel tentang kematian..
bukannya apa, sekurang2nya dapat jgk memberi memberi pedoman kpd kawan2 yg membaca dan juga pada aku yg jahil ni..

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

P/S: beringat-igatlah sebelum sampai masanya!!!!!!

Isnin, 20 April 2009

Kampung Aku...GuAr KePaYaNg.

Salam semua..
kali ini aku tunjuk kt hampa semua..
ni la keindahan kg aku!!!








ni la jejaka2 kg aku...
yg baju hitam tu bujang lg tu!!!! gua mau bikin soalan bg lu panas....bila mau kawin????

hhuhuhuhuhuhuhuh.......

Ahad, 19 April 2009

Hutang Oh Hutang...............

Hari ini aku nk cakap tentang amalan berhutang..
sbb aku rasa penting untuk aku dan kwn2...
dh ramai sangat asyik nk buat loan ja, kalau mudah byar balik ok la..
ni hampehhhhh!!!! tension beb...
so, hampa baca la artikel ni..

Niat ingin menjelaskan hutang.
Perkara utama mesti ada dalam minda penghutang ialah niat hendak menjelaskan hutang itu. Niat itu akan membantu memudahkan urusan pembayaran hutang itu. Jangan janji hya tinggal janji!!!!

Tunaikan janji.
Penghutang mesti berusaha melangsaikan pembayaran hutang mengikut perjanjian, dari segi jumlah dan tempoh. Perjanjian itu sebaik-baiknya dibuat secara bertulis dan ada saksi bagi mengelak pertikaian berkaitannya kemudian. (ni dah masuk gaji buat bodo ja!!!) hahahahah..

Wajib membayar hutang.
Setiap hutang wajib dibayar biarpun tidak dituntut. Sesiapa yang sengaja tidak membayar hutang, termasuk kepada institusi kewangan dan badan kerajaan atau member2....(aku bold skit).antara dosa besar yang tidak tertebus biarpun dengan pahala mati syahid.

Boleh membayar lebih.
Penghutang dibolehkan menyerahkan kembali hutang melebihi apa diperoleh dulu, asalkan ia bukan disebabkan diminta pemiutang. Pembayaran yang lebih itu sebagai tanda bersyukur di atas bantuan dihulurkan pemiutang. hehehhe...betul tu

Harta pusaka penghutang.
Harta pusaka penghutang yang meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan hutangnya mesti digunakan untuk menjelaskan hutang-hutang itu. Waris tidak berhak ke atas harta pusaka itu melainkan baki selepas ditolak membayar hutang simati.

Memberi hutang sebagai membantu.
Individu yang berkemampuan memberi hutang harus melakukan jika ada individu lain yang memerlukan hutang itu untuk tujuan kebaikan. Tolong la kawan2...

Wajib memberi hutang.
Dalam keadaan membabitkan perkara darurat yang mana dengan cara itu saja dapat mengelak berlaku perkara buruk terhadap penghutang atau perkara yang berkaitan dengan tujuan berhutang itu, orang yang mampu wajib memberi hutang diperlukan itu.

Haram memberi hutang.
Jika diketahui penghutang ingin menggunakan apa dihutang itu untuk tujuan diharamkan seperti berjudi, membeli arak dan melakukan maksiat, maka haram diberikan sebagai hutang. Pemiutang akan bersubahat terhadap dosa-dosa dilakukan penghutang yang dilakukan hasil hutang itu.

Minta hutang dijelaskan.
Pemiutang boleh meminta kembali hutang diberikan apabila cukup tempoh dijanjikan. Huhuhu..segan aku nk minta balik!! tp kwn2 kena la berigat, xkan kita nk minta kot..

Memberi tangguh atau menghalalkan.
Dalam kes di mana penghutang tidak mampu menjelaskan hutang itu, pemiutang wajar memberi tangguh atau menjadikan hutang itu sebagai sedekah yang mendatangkan kebaikan kepada pemiutang dan penghutang.

P/s : kita mesti pandai organise kita punya bajet bulanan..
xkisah la skit ke byk..asalkan jgn lebih dari sudu dgn kuah dah la

Sabtu, 18 April 2009

MALAM PERTAMA !!!



MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Wahai anak Adam..
apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan...
Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh...
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


“Last Breath..”

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:


“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..”

Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Justeru, bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati.. Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan tertanjap sekaligus melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita semua terlepas dari ‘azab kubur dan beroleh nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak.

Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.Wallahu a’la wa a’lam bissawab.

Jumaat, 17 April 2009

Bila Rasaku Ini Rasamu....

Sory my friend!!!!!
gua jiwang sikit hari ni....
huhuhuhu....

ni lirik lagu kerispatih :


Aku Memang Terlanjur Mencintaimu...
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu...
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan...
Menggenggam Janji Setiaku...
Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini...
Alasan Kau Menyakitiku....
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku...
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti...
Bila Rasaku Ini Rasamu....
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya....
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga...
Coba Bayangkan Kembali...
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih....
Semua Telah Terjadi...
Aku Memang Terlanjur Mencintaimu

Cinta Rabiatul Adawiyah..sekadar renungan!!!

Ini adalh artikel dari seorang teman...
sekadar untuk berkongsi...

Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.
Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah.

Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka.

Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah.

Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”“Saya menyembah Allah adalah keranaNya.

Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!
”Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you.
Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan:


1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada?

Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.
Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:


1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.
2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood... Senang cerita orang yang malas.
3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini?
Aku tidak tahu dan jangan beritahu aku...senang cakap la


"Lu pikir la sendiri!!!!!

Hampa lebih memahami diri hampa sendiri dan terpulang pada diri hampa untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana..
Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib.

Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.
Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pertama kali aku membaca kisahnya, pening kepala. Hampa pi la kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam

Misteri Batu Melayang, Batu Isra' Mi'raj Nabi Muhammad

Ada yang menyebutnya sebagai batu terbang atau batu gantung. Ada yang menyebutkan sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit. Sang batu ingin ikut terbang ke langit, tetapi dilarang oleh nabi, sehingga berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang.
Banyak yang percaya begitu saja gambar dan cerita tersebut. Tetapi tak sedikit juga yang bertanya-tanya. Apakah batu tersebut benar-benar ada? Benarkah itu foto asli?
Setelah beberapa lama mencari-cari kebenaran cerita dan foto tersebut, akhirnya ada kejelasan yang diperoleh dari forum diskusi berbahasa arab. Ternyata foto batu ini sudah tersebar jauh dan juga menimbulkan 'kehebohan' di antara mereka. ...




huhuh...tipah tertipu!!!!


Jika dalam versi indonesia, ceritanya adalah tentang kisah isra' mi'raj di atas, maka dalam forum berbahasa arab itu cerita pengiringnya berbeda. Tidak mengenai isra mi'raj. Di situ diceritakan bahwa batu ini berasal dari wilayah Al Ahsa (bukan Al Aqsa), di bagian timur Arab Saudi, di sebuah desa bernama Al Tuwaitsir. Sang batu, konon ceritanya, tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di suatu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.

Seorang anggota forum tersebut menanggapi dengan menyatakan bahwa ia hidup di wilayah tersebut dan tidak pernah melihat ada batu yang terbang melayang. Ia pun kemudian memberikan foto-foto batu yang dimaksud. Dan ternyata, memang batu tersebut ada, namun mempunyai penyangga di bawahnya. Foto asli batu tersebut menunjukkan bahwa memang batu tersebut cukup unik. Dan dengan mengambil sudut pemotretan yang tepat, dilanjutkan dengan manipulasi hasil pemotretan dengan photoshop atau program pengolah gambar lainnya, orang dengan mudah menghilangkan penyangga tersebut untuk memberi kesan sebagai batu yang melayang di udara.


Berikut adalah foto-foto batu asli dari berbagai sudut pengambilan gambar:











Salam///

Assalamualaikum wbt...........

Buat teman seaqidah yang aku kasihi keranaNya.
Ketahuilah temanku sekalian, dunia ini hanya sementara.
Letakkanlah dunia di tanganmu...
namun jangan sekali meletakkan dunia di hatimu, kerana hatimu, milikNya..
Dan selayaknya hatimu ini meletakkan pertemuan denganNya sebagai tujuan utamamu..
Kerana hatimu tidak betah dimadukan dengan apa jua selain dariNya

Mutiara Kata

"Jangan kerana cinta...

kita gugur dari perjuangan...

Jangan kerana cinta...

prinsip kita menjadi larut dan cair...

Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan..

Perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan

Kesetiaan akan mengikat cinta..

Kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta...

sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama..."