Rabu, 12 Ogos 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Tiada kata seindah Zikir
Tiada bulan seindah Ramadhan
Izinkan ke-dua² tangan
bersimpuh MAAF
untuk Lisan yang tak terjaga
Janji yang terabai
Hati yang berprasangka &Sikap yang pernah menyakitkan…
“Maaf Zahir & Batin”
............................................
Salam semua..
pejam celik pejam celik dah nk posa plak..
kpd kwn2 aku nk ucapkan ..
Selamat Bersahur, Berpuasa, Berbuka, Berterawih & Bermoreh!!.
Insyaallah ujung bln ni aku nk balik kapong!!!
dah lama rasa xbalik..teringat plak dulu kalau posa ja ptg2 mesti la ronda2 kot kg,nk bg cepat masa..
lepak kt titi, jln2 kot pekan tnh merah ..beli murtabak!!!!
hahaha..best2!!!!!
ok aku cau dulu..
wassalam..
P/S: sapa2 yg nk belanja aku time buka posa nanti di persilakan!!! hahah..
musuh aku xcari ...mkn free aku belasah ja..

Ahad, 9 Ogos 2009

Mai kita pakat2 kenai apa itu H1N1???



Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico. Cilakak punya US!!!!...buat tahik xmau ngaku..

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi. Jgn jd cam bdk umh aku!!!! kentutpun ckp virusss...bengung!


Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok.Kpd member2 yg besaq!!! hati2..
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
day 5 and above lung collapse @ koma...mengucapla byk2!!!!!!


Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11- utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin
.

P/S: Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

Jumaat, 7 Ogos 2009

H1N1 ADALAH SENJATA ALLAH ???

Sekadar renungan kawan2..

Allah s.w.t telah mengingatkan Adam semasa dia hendak di turunkan oleh Allah dari syurga khuldi (Jannatul Khuld) tempat dia di cipta Tuhan, "turunlah kamu kebumi dan zuriat kamu akan bermusuh -musuhan di kalangan mereka ...." ingatan ini telah dinyatakan oleh Allah sebelum kita dari keturunan Adan ini ujud

Ternyata benarlah apa yang di katakan Allah ini dan kita telah saksikan kenyataannya, pada hari ini manusia sering berbalah dan bergaduh sesama manusia kerana nak berkuasa dan berebut-rebut harta, kadang-kadang yang menjadi punca kerakusan permusuhan itu adalah berpunca dari hasutan syaitan

Di antara manusia ada yang telah sesat dan ada yang benar, yang benar ialah mereka yang mengikuti amanah Allah untuk menjadi khalifah di bumi mengikut panduan Allah dan yang telah sesat ialah mereka yang membelakangkan amanah Allah dengan mengikut perkiraan akal mereka sebagai panduan untuk menjadi khalifah

Kebanyakan manusia zuriat Adam di bumi ini tidak mahu kepada amanah Allah, hanya sedikit saja yang bercita-cita untuk kekal kembali kepada hendak melaksanakan amanah tersebut maka bertempurlah manusia sesama manusia menjadi golongan sesat dan golongan yang benar, masing-masing menyatakan kebenaran masing-masing

Allah melihat kedua-dua golongan ini tidak putus-putus menyatakan pendirian masing-masing, di antara mereka jika terbuka hijab hatinya maka mereka akan kembali kepada kitab Allah dan mereka akan dapat melihat kebenarannya yang menjadi masalahnya ialah mereka membelakangkan kitab Allah, kemudian Allah murka

Apabila Allah murka maka Allah menurunkan senjatanya yang apabila manusia terkena peluru Allah maka sukarlah untuk di ubati, rata-rata manusia apabila Allah turunkan bala sedemikian maka manusia masih lagi belum sedar, maka rasakanlah bala Allah tersebut dan ALLAH AKAN TURUNKAN LAGI BALA YANG TIADA UBATNYA SEDIKIT MASA LAGI UNTUK MANUSIA YANG DEGIL

Ingatan:

Pada tahun 50 an apabila penduduk negara ini de serang malaria maka mereka beratib saman dan sembahyang hajat beramai-ramai memohon restu Allah supaya di jauhkan bala tersebut, akan tetapi zaman sekarang manusia tidak berbuat demikian kerana mereka tidak percaya bala itu dari Allah dan mereka lebih percaya bala itu datang dari BABI, maka hiduplah manusia macam BABI


karangan ~PakKaramu~ pada 8/06/2009 06:27:00 PM